Friday, 3 June 2011

Percutian bersama keluarga Lata Kinjang - Cameron Highlands - Kuantan - KL

Ini merupakan post yang pertama dalam blog yang aku buat ni. Sebelum ini memang pernah terfikir nak menyediakan ruangan ini tetapi, baru ke hari ini hasrat tercapai. Okey diteruskan cerita percutian di CH ini. Memandangkan baru membeli kereta baru (MPV) dengan muatan lebih dari 8 orang (ikut undang2 mana boleh banyak2). Semua sekali dalam kereta adalah 9 orang semua skali sbb bawa akak ngan anak2nya sekali. Maklumla cuti sekolah, sekali sekala bawa diaorang berjalan-jalan, asyik terperap kat kampung jer...

Awal pagi lagi, setelah semua persediaan dibuat (dari malam lagi, bini dah siap semua masakan yang nak dibawa, jauh perjalanan kan. Lebihkurang pukul 9.00 pg bertolak dari Bandar Seri Putra Bangi (ingat nak gerak kul 7 pg, tp paham2 jela), melalui lebuhraya PLUS ke Jalan Duta (jauh juga ni). Dalam perjalanan di PLUS, teringin plak nak singgah di Air Terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak. Biasa tengok air terjun ni dari highway saja so hari ni tercapai hasrat. Dari hihgway, exit di Tapah dan menuju ke Chendering. Kena awas sikit dan baca signboard bebetul. Tetapi malangnya hari ini hujan la plak, so xleh la mandi-manda sangat sebab air kotor. Kami antara family pertama yang sampai kat sini.
Pintu masuk ke  air terjun Lata KinjangAnak2 & anak buahku

Ini anak2 aku dan anak buah bergambar kat pintu masuk. Hujan renyai2 la plak masa sampai. Renjer kat sini kata hujan dah semalam turun dan baru jer berhenti masa kami sampai. Anak2 semua pantang nampak air, mesti nak main lama, tapi perjalanan masih jauh lagi tuh... So hanya mandi sekejap jer la. Makanan yang dibawa dimakan setelah semua kelaparan kepenatan main air.

relax makan2 japAmeera lepas mandi, posing for the cam

Lepas lata kinjang, next stop adalah cameron highland. ingatkan nak gunakan laluan jalan lama, tetapi ada polis tahan katanya tanah runtuh, so kami pusing balik ke highway menggunakan laluan pos-lojing. Ini merupakan kali ke 2 menggunakan laluan ini, why? seram sebabnya sunyi sepi, xde byk kenderaan. KLu malam, diingatkan jgnlah gunakan laluan ini sorang2 yer..

On the way, jumpa plak air terjun tengah2 jalan. Aper lagi, renti rehat jap dan merasa kesegaran air bukit... nice view juga klu naik pos lojing ni, tinggi jalan dia, leh nampak kawasan sekitar... masa kat sini dah jam 5.20 ptg.

Laluan air tengok viewNi dia small waterfall tepii jalan pos-lojing

After relax sekejap (driver kena rilex, perjalanan jauh lagi, pesanan JKJR), perjalanan diteruskan ke CH. Dalam perjalanan sempat jga beli madu lebah utan (yer ke idak). Sampai di Tanah Rata menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland. Dah booking umah ni sejak 6 bulan yang lalu. Memang luas dan besar, banglo la katakan. Kalau bawa family, memang amat bersesuaian. Ada 3 bilik, 3 bilik air, ruang makan, ruang memasak, tv (lengkap ngan astro) dll kemudahan. Cookingware semua ader, cuma perlu shopping sikit kat cameron highland ni...
Ammera sangat gembira, dah lama dlm keteDepan RPP Cameroh Highland

View 360 di tingkat bawah
View 360 di tingkat atas (master bedroom)

Hari kedua di CH, pagi2 pergi cari sarapan la, aper lagi. Anak2 x pernah lg pergi tempat sejuk ni (ni 1st time), so ade havoc la sikit. Nak cari makan pepagi bukan susah, tapi banyak kedai x buka lagi. Jumpa la satu kedai mamak ni nama Cameron Nasi Kandar, nampak ramai orang so kitaorang test la kat situ.
Kedai sarapan, bleh laTengah tunggu order (roti canai + teh tarik)

Hari kedua ni, agenda nka pegi round2 cameron:
1) ladang strawberry - must go

Ameera & AimanMama + A cup of choclate + strawberry = u guess

Aiman, Iman, Ngah

2) ladang teh - boh la sbb glamor, slalu minum je kan
100m toward the main boh buildingAt the top of BOH plantation
Stop kejap, amik gamboTengah2 panas nak rasa daun teh ori punyer
3) gunung berinchang - ni kali kedua buat aku, tp 1st time utk yg lain2
Di gunung berinchangada menara tapi x berani naik, gayat woo
View from atop of the tower...
4) lain-lain aktiviti  - ape lagi, pegi shopping la.... bukan senang nak dtg cini... Kat cini ada night market yg glamor,
Posing kat magnet peti aisMemang sesak pasar malam ni

Balik kepenatan dan kelaparan, so aper lagi masak la kat dapor...
Emmm... sedapnya hanya ALLAH je yg tau

NeXT day trip, towards kuantan......

THE END for this trip...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...